Kuliah bertajuk "Golongan Yang Akan Dihumban Oleh Allah dalam Neraka" disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi diadakan di Masjid Lama, Kg Gajah. Masjid ini adalah hasil wakaf Hj Mohd Jais Bin Tok Ali yang terkenal di sekitar Sungai Perak sebagai Tok Pawang Jais yang juga moyang saya (HMS Abu Bakar)
Dianggarkan lebih kurang 200 orang muslimin dan muslimat yang hadir. Nampaknya mereka mendengar dengan kyusuk, mungkin disebabkan masjid ini berhawa dingin. Saya sempat mengedarkan salasilah saya kepada hadirin.
Berikut adalah salasilah saya;
Tok Pawang Jais > Hajah Rasmah @ Anjang Saejah > Abu Bakar Bin Md Sood > Mohamed Salleh Bin Abu Bakar (HMS Abu Bakar).
Di akhir kuliah saya diminta oleh Ust Wan untuk mendeklamasi puisi bertajuk "9 Julai 2011" dan pantun bertajuk "Pantun Tenggelam Yang Dicintai".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan