Ceramah Maulidur Rasul di Surau Al-Falah, Batu Dinding, Lenggong, Perak

Rabu, 1 Mac 2011

Penceramah yang diundang ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Bin Abdul Aziz. Dianggarkan seramai lebih kurang 150 orang muslimin dan muslimat yang hadir.

Di akhir  ceramah mengenai kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di bulan Rabiulawal, Tahun Gajah, HMS telah mendendangkan pantun "Sumbangan Kita" dan 2 sajak iaitu "Kepada Penzalim-Penzalim Di Seluruh Dunia" serta "Ubahlah Sekarang"













Majlis Maulidur Rasul Di Surau Imadurahman, Taman Changkat Lada Raya, Seberang Perak

28 Feb 2011

Penceramah : Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Pendeklmasi sajak : HMS Abu Bakar

HMS menyampai sajak "Tamat Riwayat First Lady"

Sajak seterusnya bertajuk "Maulidur Rasul"

Ustaz Wan Ahmad Tarmizi dan Ustaz Amir

Khairuddin dan..

Ustaz Wan mulakan ceramahnya

Sebahagian muslimat yang hadir


Sebahagian muslimin yang hadir

Majlis Malam Mesra PKR Cabang Tambun

27 Feb 2011

Doa dibaca oleh HMS


HMS mendeklamasi sajak Aboo Al-Qasim, Penyajak Tunisia

Tazkirah HMS di Surau Al Jannah Seksyen 23 Shah Alam

23 Feb 2011

Kuliah Maghrib di Surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam disampaikan oleh HMS bertajuk Iman dan Islam. Intisari kuliah ialah jalan selamat bagi orang Melayu ialah melaksanakan akujanji dalam solat "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".

Dimulakan dengan pantun;

Bertudung kepala Cik Maimunah
Pergi ke surau mendengar ceramah
Berkumpul kita di Surau Al-Jannah
Dengan ilmu hidup pun berhemah



Malam ini malam Rabu
Datang ke surau untuk bersolat
Walaupun ada duit beribu-ribu
Haram jika dengan mengelat



Tanam pisang tanam ubi
Mudah tumbuh di tepi paya
Elok berselawat kepada Nabi
Dapat syafaat tanda berjaya


Manis rasa buah durian
Makan di waktu berbuka puasa
Mari amalkan perintah Quran
Dengan beribadat sepanjang masa


HMS ABU BAKAR

Program Bicara Karya- Menjana Kewarasan Minda

23 Feb 2011


Dinsman

Senator Syed Husin Ali

Dari kiri: Dinsman,Dr Irwan dan Shukor Harun

Dato Dr Anuar Ridzuan (Sasterawan Negara)


Rozan


Ismail Saring

Lee Boon Chen

Ismail Ahmad

Shukor Harun

Hj Razali Endun

Puan Mastura (Pengarah Perpustakaan Awam Selangor)

Ceramah Maulidur Rasul di Surau Nur Hidayah Seksyen 24 Shah Alam

22 Feb 2011

HMS memberi ceramah Maulidur Rasul di Surau Nur Hidayah, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.Dimulakan dengan pantun;

Pergi pekan memakai kopiah
Dalam perjalanan membeli pegaga
Berkumpul di Surau Nur Hidayah
Semoga kita masuk syurga

Orang kampung hidup cermat
Pergi surau di sebelah malam
Berselawat kepada Nabi Muhammad
Menjadi budaya orang Islam






Dalam ceramah itu HMS menyentuh sirah Nabi s.a.w dan diakhiri dengan mendeklamasi terjemahan sajak penyajak Tunisia bernama Aboo Al-Qassim bin Al-Shabbi.

Surau Madah Fasa 1A Sri Manjung

21 Feb 2011







Pantun Di Surau Al-Ikhlasiah Jln Pemimpin

20 Feb 2011



Lepas menuai membuat empin
Disimpan untuk dimakan kemudian
Mendengar kuliah di Jalan Pemimpin
Dengan tujuan menambah pengetahuan

Anak patani sakit kudis
Dibersihkan bila waktu mandi
Mendalami kitab Mustika Hadis
Daripada guru yang berbudi


Tanam pisang tanam ubi
Tanam pula di tepi paya
Bulan Rabiulawal kelahiran Nabi
Kedatangan Nabi membawa cahaya

Daripada letrik keluar cahaya
Di waktu malam biasa digunakan
Banyu Pakatan Rakyat sedaya upaya
Hingga rejim zalim ditumbangkan