Ustaz Wan di Markas PAS, Bendang Kering, KK

19 Feb 2011

Ustaz Wan Ahmad Tarmizi







Menghadiri 'Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS"

Shah Alam, 19Feb2011

HMS & Mejar (B) Hj A Wahab (Teras Kelantan)

YB Dato Ir Amiruddin Hamzah(Exco Kedah)

YB Tim MB Kelantan Dato Ahmad Yaakob

Ustaz wan Ahmad Tarmizi


Ketua Dewan Penyokong PAS

Maudidur Rasul Di Surau Al-Ukhuwah Subang Bestari Shah Alam

15 Feb 2011.
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di surau diri Jumaat, Surau Al-Ukhuwah,Subang Bestari, Shah Alam di hadapan lebih kurang 250 muslimin dan muslimat yang hadir.


Selepas ceramah saya diminta mendeklamasikan puisi yang dimulai dengan 6 rangkap pantun;

Guna pukat menangkap bawal
Dapat juga ikan pari
Kelahiran Nabi di bulan Rabiulawal
Ikut sunnah pahala dicari


Ikan kembung ikan yu
Di antara jenis ikan laut
Meraikan Maulidur Rasul orang Melayu
Nikmat dunia tetap terpaut


Air laut berwarna biru
Masin pula rasa airnya
Bila Kebudayaan Barat ditiru
Mudah pula jadi kaya raya


Terkenal nama Laut Merah
Tentera bersama Firaun tenggelam di dalamnya
Rakyat Mesir sudah berhijrah
Revolusi Tunisia juga berjaya


Berenang katak dalam paya
Datang ular terus dimakan
Mari kita berjuang sedaya upaya
Supaya pemerintahan zalim ditumbangkan


Tanam keladi tanam ubi
Tanam pula di bulan puasa
Mari ikut sunnah Nabi
Tentu beramanah bila berkuasa





Kemudian saya mendeklamasi sajak berjudul "Tamat Riwayat First Lady" dan terjemahan sajak daripada penyajak Tunisia "Kepada penzalim-penzalim di seluruh dunia "

Majlis Perkahwinan Siti Aisyah Hj Shahruddin

13 Feb 2011.
Majlis perkahwinan ini telah diadakan di Dewan Perdana Felda, KL.

Tan Sri Haji Hanafiah Ahmad
HMS dan Haji Hanafiah

Puan Sri isteri Haji Hanafiah dan isteri HMS


Muhammad dan Khatijah (cucu HMS)

Hjh Salhah & Puan Zurina (adik ipar HMS)

Hjh Salhah, Puan Zurina dan Mohd Yusof (anak saudara HMS)

Haji Rahim Abu Bakar dan keluarga

Hjh Salhah dan Puan Zurina (adik ipar HMS)

Mohd Yusof dan Mustafa Abu Bakar (adik HMS)

Kuliah Ustaz Wan di Masjid Asy-Syakirin

8 Feb 2011.
Ustaz Wan memberi Kuliah di Masjid Asy-Syakirin, Kg Tersusun Tasek.





Masjid Al Aulia, Tembok, Ipoh





Surau Al Mutaqin, Taman Sri Desa, Ipoh

1 Feb 2011.
Malam ini adalah giliran Ustaz Wan Ahmad Tarmizi memberi kuliah di surau ini. Saya mulai deklamasi dengan membaca 2 rangkap pantun;

Tamam ubi tanam tebu
Ini usaha petani miskin
Ingat jasa ayah ibu
Serta pengasas Surau Al Mutaqqin

Hari Isnin puasa sunat
Hari Khamis juga puasa
Amar makruf kita buat
Kemungkaran Insyaallah binasa

Kemudian berpantun bertajuk "Kerisauan Orang Munafik" dan sajak "Bangkitlah Melayu". Dianggarkan lebih kurang 50 orang yang hadir di kuliah ini.