Surau Kg Ujung Tanjung, Lubuk Merbau

Gambar-gambar ini dirakam sewaktu ceramah mengenai korban oleh Ust Wan Ahmad Tarmizi di Surau Kapung Ujung Tanjung, Lubuk Merbau, Perak pada 17 November 2010.



 
 




Selamat Pengantin Baru Mohd Hadir dan Norhani bhg 2


HMS membaca pantun di majlis perkahwinan Norhani Binti Nai dan Mohd. Hadir Bin Hassan di Dewan Seri Endon, Persiaran Seri Perdana,Presint 10 , Putrajaya pada 29 Zulkaedah 1431 H bersamaan 6 November 2010




1.  Berputik bunga diatas dahan
     Jatuh sekuntum dalam taman
     Bersyukur kita kepada Tuhan
     Menjadi hamba yang beriman


2.  Laksamana muda berbaju besi
     Masuk kehutan mencari rotan
     Berdakwah boleh dengan puisi
     Dengan syarat dihapuskan sekatan

Sabariah Bt Md Noh (ibu pengantin perempuan)


3. Limau purut bunga angsana
    Menghias pengantin nampak berseri
    Keluarga bahagia ingin dibina
    Berkasih sayang  suami-isteri


Tetamu pengantin & isteri Dato Yeop Adlan


4.  Rumah limas anjung selatan
    Bunga kemuning tumbuh dilaman
    Mari eratkan tali persahabatan
Membolehkan keluarga hidup aman
    
Dari kiri: Dato Yeop Adlan, abang ipar Mansor & Mansor @ Nai

5. Asal kapas dari benang
    Dari benang menjadi kain
    Jiwa Mansor tetap tenang
    Banyak membaca dari bermain


Ustaz Shamsul & isteri


6. Biduk laksamana menuju barat
    Arus menyongsong dari haluan
    Encik Mansor seorang koporat
    Dengan pendakwah sudi berkawan


HMS, Dato Yeop Adlan & Mansor


7. Bintang tujuh sinar berseri
    Bulan purnama datang menerpa
    Norhani sudah jadi isteri
    Mohd. Hadir pula bakal bapa




8. Buah rambai buah langsat
    Masak setangkai dihujung dahan
    Orang berilmu jarang sesat
    Dapat bantuan dari Tuhan


 Sabariah (isteri Mansor) dan ibu Mansor


9. Burung merbak terbang melayang
    Hinggap bertenggek didahan mati
    Kesabaran Sabariah jelas terbayang
    Sembuh sakitnya tetap dihajati




10. Duduk berbual diremang senja
     Angin taufan bertiup kencang
     Hari ini pengantinlah ‘raja’
    Bertindak segera selepas berbincang


Ahli-ahli pancaragam


11. Hari panas mencucuk benang
    Benang menjahit baju kebaya
   Selepas bertindak elok bertenang
   Insyaallah pasti akan berjaya


 pasangan tetamu


12. Pisang awak dibuat pengat
      Mari dimakan dibulan puasa   
      Nikmat Allah kena ingat
     Di bulan madu sama-sama rasa


tetamu yang hadir


13. Padi segemal kepuk dihulu
      Sirih dihilir merangkap junjungan
     Dalam bilik janganlah malu
     Tidak ada istilah larangan


 Dua sejoli pengantin baru


14. Pukul gendang bermain raga
      Raga dibawa dari muara
      Dengan ilmu binalah keluarga
      Dosa pahala kena ambil kira


 dari kiri: isteri Dato Yeop, Dato Yeop Adlan & Ahmad Azlan


15. Pokok terap tumbuh di bukit
      Belat berbanjar panjang kehulu
      Mula-mula terasa sakit
      Dilalui pengantin sejak dulu


 Haji Taib bin Haji Malek (rakan tahun 1951 ACS Teluk Anson) & HMS


16. Sampan kotak hilir mudik
      Dayung patah galah sebatang
      Ikut Allah tindakan cerdik
     Bersabar bila ujian mendatang

17. Tebang buluh lalang berpaut
       Batang lurus dibuat titi
       Bukan niat saya mencarut
       Dalam kehidupan inilah realiti

18. Burung tempua bersarang rendah
       Ditiup angin hingga kepetang
       Semoga isi pantun berfaedah
       Menjadi kenangan yang datang



HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com

Selamat Pengantin Baru Mohd Hadir dan Norhani bhg 1

HMS berpantun di malam pernikahan Norhani Binti Nai dan Mohd. Hadir Bin Hassan pada   malam 5-11-2010 di rumah Mansor dan Sabariah di Taman Alam Sutera, Bukit Jalil, Selangor


1.     Awal bismillah menepek inai
Inai ditepek ditapak tangan
Tahniah Mansor @ Nai
Akan bernikah anak kesayangan

2.     Anak Cina bertimbang madat
Dari Makasar langsung ke Deli
Bila pantun isinya padat
Ingin didengar berkali-kali



3 .     Apa ditebang di tengah lembah
Tebangnya kayu jenis berlian
Semasa nikah ada khutbah
Menasihati pengantin tentang iman

4.     Ayam sabung jangan dipaut
Jika dipaut kalah laganya
Kehendak syariat kena ikut
Baru kehidupan keluarga berjaya

5.     Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dicelah batu
Berdoa sebelum badan rebah
Mandi hadas selepas itu


 
6.     Burung jentayu terbang beriring
Mati dipanah sangkut di dahan
Bersembang-sembang sambil berbaring
Memikirkan nikmat dari tuhan

7.     Ikan berenang didalam lubuk
Kena tuba terus mati
Bila rakyat dapat habuk
Perubahan saja yang dinanti

8.     Kain batik baju batik
Batik dari negeri Kelantan
Nampak perubahan sudah berputik
Bila rakyat menguatkan ikatan

Pengantin Baru Mohd Hadir & Norhani


9.     Laksamana berempat berlari pantas
Cukup hormat dengan gurunya
Kejayaan mansor susah dipinta
Seorang korprat yang Berjaya

10.     Padang temu padang baiduri
 Tempat raja membina istana
 Norhani sudah bergelar isteri
 Keluarga bahagia ingin di bina

Dari kiri:Dato Amdan Mat Din, HMS & Pengantin Baru 


11.     Pergi ke hutan mencari akar
 Dapat pula tongkat ali
 Suami isteri elakkan bertengkar
 Sebut nama Allah berkali-kali

12.     Tempa kapak dengan beliung
 Hendak ketuk kayu berduri
 Suami isteri kena tolong menolong
 Keredhaan Allah mudah dicari

Dato Amdan dan HMS 


13.     Sisik atap disambung atap
 Atap disisik di dangau padi
 Bila iman sudah mantap
 Kerja suami isteri pasti menjadi

14.     Orang kaya mempunyai harta
 Golongan miskin memiliki tenaga
 Ingat Allah sebelum berkata-kata
 Membuka jalan ke syurga

Dato Amdan dan Mansor@ Nai Bin Mohamed 


15.     Ada orang membela angsa
Ada juga menanam ubi
Begitu cepat beredar masa
Untung yang berselawat ke Nabi

16.     Durian jatuh terus merekah
Datang harimau terus makan
Berpantun sebelum upacara Nikah
Budaya bangsa elok dikekalkan

 HMS, Dato Amdan dan Mansor (bapa pengantin perempuan) 


17.     Waktu pagi menguntum bunga
Sebelah petang terus layu
Budaya bangsa perlu dijaga
Baru bermakna ketuanan Melayu

18.     Bunga tanjung putih berseri
Gugur ke bumi sepanjang malam
Tugas suami menjaga isteri
Mudah bila ikut ISLAM

19.     Sepanjang malam turun hujan
Semua pokok menjadi basah
Kita berkumpul kerana pernikahan
Harap pengantin lelaki tak gelisah



HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com