Ceramah HMS di Kuala Kangsar

Sabtu, 19 Mac 2011

Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh HMS Abu Bakar di atas jemputan Ustaz Aminuddin Md Isa di rumah beliau di Taman Sabar Jaya, Kuala Kangsar.

HMS Abu Bakar

Ust Aminuddin b Md Isa






Majlis Baca Yaasin dan Baca Puisi Untuk Menyelamatkan DBP daripada Bangkrap

Selasa, 15 Mac 2011

Pengerusi Majlis, Kassim Mohd

Hj Azmi Hamid

Dinsman

Hj Syukur Haron

Kassim Mohd

Baharudin (KK)

Ust Wan Ahmad Tarmizi

Fatahaman (Ipoh)

Hasni Abas (Paksi)

Khalid Salleh


Hasni Abas

Awaludin Jeffery

Maulidur Rasul Di Surau Nurul Iman Bagan Serai

Di Surau Nurul Iman,Batu 14, Teluk Medan, Bagan Serai telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 12 Mac 2011 Sabtu malam.Perceramah jemputan ialah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.

Pengerusi Majlis



Ustaz Wan Ahmad Tarmizi




Malam Kesenian Islam dan Ceramah Maulidur Rasul

Sabtu, 5 Mac 2011

Malam Kesenian Islam dan Ceramah Maulidur Rasul ini adalah anjuran Madrasah Kuliah Dhuha diadakan di Surau An-Nuriah, Taman Meru 2B, Ipoh di bawah pimpinan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi bin Abd Aziz. Madrasah Kuliah Dhuha ini ditubuhkan sejak Januari 2007 di Masjid Al-Aulia, Tembok, Ipoh.

Sejak tarikh itu ia berkembang di Tanjung Rambutan dan surau di Jalan Masyarakat, Silibin. Bukan setakat itu saja, malah ia berkembang ke Kemboja di bawah pimpinan Ustaz Abd Rahman Ismail.

Dengan adanya program-program kuliah dhuha ini, ia telah banyak menyedarkan umat Islam tentang pentingnya agama Islam dan amalannya.

Ust Wan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul

Pengerusi Surau An-Nuriah, Haji Tarmizi

Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau An-Nuriah, Taman Meru 2B, Ipoh. Kemudian diikuti dengan mendeklmasi "Pantun Berkait Bertaubat Sebelum Terlambat" dan sajak "Peranan Puisi Dalam Perjuangan" oleh HMS Abu Bakar.

HMS Abu Bakar

Kumpulan Nasyid Syifa mendendangkan 2 lagu iaitu "Ya Habibi Ya Muhammad" dan "Renungkanlah".

Kumpulan Nasyid Syifa
Kumpulan Nasyid Syifa ini terdiri daripada 5 anggota iaitu Rohaizat (Ketua), Zahidan (penyanyi utama), Khairuddin, Azwan dan S. Amri.

Ustaz Wan pula menyampai ceramah Maulidur Rasul dan diikuti oleh tetamu jemputan Dato A Samad Said (Pak Samad) menyampaikan ceramah yang tertumpu kepada penulisan puisi panjang beliau bertajuk AL AMIN. AL AMIN adalah puisi hasil usaha Pak Samad untuk menjadikan puisi sebagai satu alat berdakwah.

Dato' A Samad Said

Malam kesenian Islam diakhiri dengan dendangan lagu-lagu nasyid daripada Kumpulan Nasyid Syifa.


Cikgu Shadan dan Pak Samad

Hj Arshad,Pak Samad, Fatahaman, HMS dan Hj Nazri

Hj Tarmizi, Pak Samad, ahli jemaah dan Fatahaman

Majlis Maulidur Rasul Di Masjid Qasimiah Kg Selat

Jumaat, 4 Mac 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Qasimiah, Kg Selat, Layang Kiri, Parit dimulakan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw beramai-ramai.Selepas itu Ustaz Wan Ahmad Tarmizi menyampaikan ceramah beliau yang dianggarkan lebih daripada 300 orang yang hadir.

Saya mendeklamasi "Pantun Cogankata" dan sajak "Ubahlah Sekarang" setelah dijemput oleh Ustaz Wan.

Ustaz Wan

Imam Masjid Qasimiah,Ust Izhan Khalid




Hj Yeop Ahmad b. Alang Wahab, 89 tahun