Sabtu, 10 Mac 2012
Perasmian Madrasah Seni dan Pelancaran Buku Dinsman "Pemikiran dan Perancangan Seni Budaya" oleh Dato A Samad Said (sasterawan negara) di Madrasah Tarbiyah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Bermula jam 9.30 malam, majlis diserikan dengan ucapan tuan rumah, Haji Ishak Surin, Presiden PAKSI Dinsman dan Dato A Samad Said serta deklamasi puisi di antaranya oleh Hj Razali Endon, Pyan Habib, Prof Dr Siti Zainon Ismail, Fausi Abd Samad, Dr Ghaffar, HMS Abu Bakar dan Rahmat Harun.
Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat Negeri Perak
Khamis, 8 Mac 2012
Bertemakan " Rakyat Sepakat Perak Berkat ", majlis pada malam ini diserikan dengan mendeklamasi puisi oleh Pyan Habib dan lagu-lagu rakyat oleh Airmas serta ceramah yang mengimbas kembali sejarah penubuhan kerajaan PR Perak 4 tahun yang lalu. Antara penceramah ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim (PKR), YB Sivakumar (DAP), Ustaz Abu Bakar Hussain (PAS), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP), Pak Samad (Sasterawan Negara) dan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin (PAS).
Ziarah Cucu di KL
Ahad, 4 Mac 2012
Pak Salleh dan isteri menziarahi rumah adiknya Hj Shaharuddin b. Abu Bakar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur yang baru menerima cucu lelaki bernama Mohamed Yusof.
Pak Salleh dan isteri menziarahi rumah adiknya Hj Shaharuddin b. Abu Bakar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur yang baru menerima cucu lelaki bernama Mohamed Yusof.
Doa Selamat
Kuliah Maulidur Rasul di Surau Nur Hidayah Shah Alam
Sabtu, 3 Mac 2012
Pak Salleh menyampaikan Kuliah Maulidur Rasul selepas solat Maghrib di Surau Nur Hidayah, Seksyen 24, Shah Alam.
Pak Salleh menyampaikan Kuliah Maulidur Rasul selepas solat Maghrib di Surau Nur Hidayah, Seksyen 24, Shah Alam.
Majlis Penganugerahan Watikah Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak Tahun 1432H/2011M
HMS Abu Bakar (Pak Salleh) telah menerima watikah tauliah mengajar pada majlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ipoh pada Rabu,29 Feb 2012. Watikah tersebut telah disampaikan oleh Tan Sri Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Seramai 62 orang termasuk 6 orang daripadanya muslimat. Dengan penganugerahan ini diharap dakwah Islam akan terus berkembang dan dapat mengangkat Islam sebagai cara hidup setiap individu muslim seterusnya diamalkan di dalam pemerintah negara kita. InsyaAllah.
Langgan:
Ulasan (Atom)





































































