Ceramah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Masjid Raja Chulan, Kampung Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak diadakan pada malam 7 Safar 1432H bersamaan 11 Jan 2011 Ustaz Wan memyampaikan kuliah bertajuk " Memahami Hukum Hudud dan Qisas "
Dianggarkan 100 orang muslimin dan muslimat hadir di kuliah yang cukup bermakna ini.
Ustaz Mohd Taib, Pengerusi Masjid Raja Chulan
Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz
Selepas Kuliah Ustaz Wan saya berpantun 3 Rangkap seperti di bawah ini...
Waktu pagi elok berjalan
Lepas itu minim air nenas
Berkumpul di Masjid Raja Chulan
Terletak di Kampung Ulu Kenas
Di sekitar masjid ada kolah
Ambil wuduk untuk sembahyang
Mari ikut hukum Allah
Tanda agama anda sayang
Imam Shafie rajin menulis
Mengarang kitab duduk di kerusi
Mari jauhi tarikan iblis
Dengan mendengar bacaan puisi
Selesai solat Isyak kami dijamu makan. Sebagai peringatan untuk kita semua, hayatilah pantun ini...
Kelawar keluar waktu malam
Mencari makanan dari pokok ke pokok
Elok laksanakan hukum Islam
Baru perjalanan hidup tak bengkok
HMS ABU BAKAR
Safar1432/Jan2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan