Surau Paya, Kg Luat, Lenggong

Inilah pertama kali Ustaz Wan Ahmad Tarmizi datang memberi kuliah di surau ini. Ceramah mengenaiaqidah di hadapan lebuh kurang 100 orang yang nampaknya penuh minat sebab penyampaian Ustaz Wan mudah difahami oleh orang-orang kampung yang jauh dari pekan Lenggong, Perak. Sebelum mendeklamasi puisi, saya mendendangkan 2 rangkap pantun;

Burung pipit terbang sekawan
Hinggap ke tanah melihat lipas
Mari kuatkan semangat setiakawan
Terutama sesama Ahli PAS

Bacaan imam biasanya kuat
Suaranya jelas kepada jemaah
Berkumpul di Surau Paya Kg Luat
Semoga kita hidup beramanah








 

Selepas itu saya baca pantun "Mesra Rakyat" dan sajak berjudul "Bangkitlah Melayu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan