HMS berpantun di malam pernikahan Norhani Binti Nai dan Mohd. Hadir Bin Hassan pada malam 5-11-2010 di rumah Mansor dan Sabariah di Taman Alam Sutera, Bukit Jalil, Selangor
1. Awal bismillah menepek inai
Inai ditepek ditapak tangan
Tahniah Mansor @ Nai
Akan bernikah anak kesayangan
2. Anak Cina bertimbang madat
Dari Makasar langsung ke Deli
Bila pantun isinya padat
Ingin didengar berkali-kali
3 . Apa ditebang di tengah lembah
Tebangnya kayu jenis berlian
Semasa nikah ada khutbah
Menasihati pengantin tentang iman
4. Ayam sabung jangan dipaut
Jika dipaut kalah laganya
Kehendak syariat kena ikut
Baru kehidupan keluarga berjaya
5. Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang dicelah batu
Berdoa sebelum badan rebah
Mandi hadas selepas itu
6. Burung jentayu terbang beriring
Mati dipanah sangkut di dahan
Bersembang-sembang sambil berbaring
Memikirkan nikmat dari tuhan
7. Ikan berenang didalam lubuk
Kena tuba terus mati
Bila rakyat dapat habuk
Perubahan saja yang dinanti
8. Kain batik baju batik
Batik dari negeri Kelantan
Nampak perubahan sudah berputik
9. Laksamana berempat berlari pantas
Cukup hormat dengan gurunya
Kejayaan mansor susah dipinta
Seorang korprat yang Berjaya
10. Padang temu padang baiduri
Tempat raja membina istana
Norhani sudah bergelar isteri
Keluarga bahagia ingin di bina
Dari kiri:Dato Amdan Mat Din, HMS & Pengantin Baru
11. Pergi ke hutan mencari akar
Dapat pula tongkat ali
Suami isteri elakkan bertengkar
Sebut nama Allah berkali-kali
12. Tempa kapak dengan beliung
Hendak ketuk kayu berduri
Suami isteri kena tolong menolong
Keredhaan Allah mudah dicari
Dato Amdan dan HMS
13. Sisik atap disambung atap
Atap disisik di dangau padi
Bila iman sudah mantap
Kerja suami isteri pasti menjadi
14. Orang kaya mempunyai harta
Golongan miskin memiliki tenaga
Ingat Allah sebelum berkata-kata
Membuka jalan ke syurga
Dato Amdan dan Mansor@ Nai Bin Mohamed
15. Ada orang membela angsa
Ada juga menanam ubi
Begitu cepat beredar masa
Untung yang berselawat ke Nabi
16. Durian jatuh terus merekah
Datang harimau terus makan
Berpantun sebelum upacara Nikah
Budaya bangsa elok dikekalkan
HMS, Dato Amdan dan Mansor (bapa pengantin perempuan)
17. Waktu pagi menguntum bunga
Sebelah petang terus layu
Budaya bangsa perlu dijaga
Baru bermakna ketuanan Melayu
18. Bunga tanjung putih berseri
Gugur ke bumi sepanjang malam
Tugas suami menjaga isteri
Mudah bila ikut ISLAM
19. Sepanjang malam turun hujan
Semua pokok menjadi basah
Kita berkumpul kerana pernikahan
Harap pengantin lelaki tak gelisah
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan