HMS membaca pantun di majlis perkahwinan Norhani Binti Nai dan Mohd. Hadir Bin Hassan di Dewan Seri Endon, Persiaran Seri Perdana,Presint 10 , Putrajaya pada 29 Zulkaedah 1431 H bersamaan 6 November 2010
1. Berputik bunga diatas dahan
Jatuh sekuntum dalam taman
Bersyukur kita kepada Tuhan
Menjadi hamba yang beriman
2. Laksamana muda berbaju besi
Masuk kehutan mencari rotan
Berdakwah boleh dengan puisi
Dengan syarat dihapuskan sekatan
Sabariah Bt Md Noh (ibu pengantin perempuan)
3. Limau purut bunga angsana
Menghias pengantin nampak berseri
Keluarga bahagia ingin dibina
Berkasih sayang suami-isteri
Tetamu pengantin & isteri Dato Yeop Adlan
4. Rumah limas anjung selatan
Bunga kemuning tumbuh dilaman
Mari eratkan tali persahabatan
Membolehkan keluarga hidup aman
Dari kiri: Dato Yeop Adlan, abang ipar Mansor & Mansor @ Nai
5. Asal kapas dari benang
Dari benang menjadi kain
Jiwa Mansor tetap tenang
Banyak membaca dari bermain
Ustaz Shamsul & isteri
6. Biduk laksamana menuju barat
Arus menyongsong dari haluan
Encik Mansor seorang koporat
Dengan pendakwah sudi berkawan
HMS, Dato Yeop Adlan & Mansor
7. Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Norhani sudah jadi isteri
Mohd. Hadir pula bakal bapa
8. Buah rambai buah langsat
Masak setangkai dihujung dahan
Orang berilmu jarang sesat
Dapat bantuan dari Tuhan
Sabariah (isteri Mansor) dan ibu Mansor
9. Burung merbak terbang melayang
Hinggap bertenggek didahan mati
Kesabaran Sabariah jelas terbayang
Sembuh sakitnya tetap dihajati
10. Duduk berbual diremang senja
Angin taufan bertiup kencang
Hari ini pengantinlah ‘raja’
Bertindak segera selepas berbincang
Ahli-ahli pancaragam
11. Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Selepas bertindak elok bertenang
Insyaallah pasti akan berjaya
pasangan tetamu
12. Pisang awak dibuat pengat
Mari dimakan dibulan puasa
Nikmat Allah kena ingat
Di bulan madu sama-sama rasa
tetamu yang hadir
13. Padi segemal kepuk dihulu
Sirih dihilir merangkap junjungan
Dalam bilik janganlah malu
Tidak ada istilah larangan
Dua sejoli pengantin baru
14. Pukul gendang bermain raga
Raga dibawa dari muara
Dengan ilmu binalah keluarga
Dosa pahala kena ambil kira
dari kiri: isteri Dato Yeop, Dato Yeop Adlan & Ahmad Azlan
15. Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang kehulu
Mula-mula terasa sakit
Dilalui pengantin sejak dulu
Haji Taib bin Haji Malek (rakan tahun 1951 ACS Teluk Anson) & HMS
16. Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikut Allah tindakan cerdik
Bersabar bila ujian mendatang
17. Tebang buluh lalang berpaut
Batang lurus dibuat titi
Bukan niat saya mencarut
Dalam kehidupan inilah realiti
18. Burung tempua bersarang rendah
Ditiup angin hingga kepetang
Semoga isi pantun berfaedah
Menjadi kenangan yang datang
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan