Masjid Daerah Taiping

31 Jan 2011.
Mulai malam ini Ustaz Wan Ahmad Tarmizi dibenarkan mengajar sebulan sekali di masjid ini berdasarkan kitab karangan Hj Saaid Ibrahim, bekas Mufti Sabah. Saya mulai dengan pantun 2 rangkap;

Perempuan suka pinggang ramping
Makan jamu sihatlah badan
Berkumpul di Masjid Daerah Taiping
Semoga Nabi dijadikan teladan

Dalam jasad ada roh
Inilah campuran jasmani manusia
Buatlah apa yang Allah suruh
Baru kehidupan tak sia-sia

Kemudian didendangkan pantun "Betul Aqidah" dan sajak "Hati Buta".




Surau Paya, Kg Luat, Lenggong

Inilah pertama kali Ustaz Wan Ahmad Tarmizi datang memberi kuliah di surau ini. Ceramah mengenaiaqidah di hadapan lebuh kurang 100 orang yang nampaknya penuh minat sebab penyampaian Ustaz Wan mudah difahami oleh orang-orang kampung yang jauh dari pekan Lenggong, Perak. Sebelum mendeklamasi puisi, saya mendendangkan 2 rangkap pantun;

Burung pipit terbang sekawan
Hinggap ke tanah melihat lipas
Mari kuatkan semangat setiakawan
Terutama sesama Ahli PAS

Bacaan imam biasanya kuat
Suaranya jelas kepada jemaah
Berkumpul di Surau Paya Kg Luat
Semoga kita hidup beramanah








 

Selepas itu saya baca pantun "Mesra Rakyat" dan sajak berjudul "Bangkitlah Melayu"

Program Motivasi PKR Cabang Tambun

Diadakan di PTTC, Ipoh pada 16 Jan 2011

Dr Baharom Abu Bakar, motivator program

Hj Mokhtar, peserta dari PKR Cabang Gopeng

Majlis Kesyukuran Abdul Rahman di Taman Meru 2B

Majlis kesyukuran ini telah diadakan pada malam hari 15 Jan 2011

Ustaz Ismail Saari penceramah jemputan

Ustaz Mohd Karim Abd Samad dan Cikgu Zulkifli

Haji Tarmizi - Tmn Meru 2B

Haji Shamsuri - Tmn Meru 2B

Hj Mokhtar, Imam Masjid Al-Mutaqin Tmn Meru

Surau Al-Muhajirin, Halaman Meru Permai

Kuliah Maghrib Ustaz Wan di Surau Al-Muhajirin, Halaman Meru Permai, Bandaraya Meru Jaya





Ceramah Ustaz Wan di Masjid Raja Chulan

Adalah menjadi rutin saya mengikuti Ustaz Wan dalam siri dakwah beliau sejak 4 tahun yang lalu.


Ceramah Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Masjid Raja Chulan, Kampung Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak diadakan pada malam 7 Safar 1432H bersamaan 11 Jan 2011 Ustaz Wan memyampaikan kuliah bertajuk " Memahami Hukum Hudud dan Qisas "


Dianggarkan 100 orang muslimin dan muslimat hadir di kuliah yang cukup bermakna ini.

 Ustaz Mohd Taib, Pengerusi Masjid Raja Chulan

Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz

Selepas Kuliah Ustaz Wan saya berpantun 3 Rangkap seperti di bawah ini...

Waktu pagi elok berjalan
Lepas itu minim air nenas
Berkumpul di Masjid Raja Chulan
Terletak di Kampung Ulu Kenas

Di sekitar masjid ada kolah
Ambil wuduk untuk sembahyang
Mari ikut hukum Allah
Tanda agama anda sayang

Imam Shafie rajin menulis
Mengarang kitab duduk di kerusi
Mari jauhi tarikan iblis
Dengan mendengar bacaan puisi

Selesai solat Isyak kami dijamu makan. Sebagai peringatan untuk kita semua, hayatilah pantun ini...

Kelawar keluar waktu malam
Mencari makanan dari pokok ke pokok
Elok laksanakan hukum Islam
Baru perjalanan hidup tak bengkok


HMS ABU BAKAR
Safar1432/Jan2011

Ceramah Perdana di Pusat Tarbiyah PAS Pekan Chemor

Ceramah Perdana - PAS Sedia Ganti UMNO diadakan pada 9 Jan 2011

Haji Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat)

 Pak Salleh Bakar (HMS Abu Bakar) mendeklamasi puisi







Majlis Hi-Tea bersama Mat Sabu

Majlis Hi-Tea di Taman Meru 1B, Ipoh pada 9 Jan 2011

 Haji Mohamad Sabu

 Haji Mohamad Sabu bersama Dr Khairuddin